Novel ini pada asalnya berjudul Gerhana dan ditukar kepada Salina. Novel ini merupakan hasil karya salah satu sasterawan negara kita iaitu A.Samad.Said. Profesor A.Teuw dan sesetengah mengangkat novel ini sebagai bertaraf antarabangsa.
Namun begitu, novel ini hanya memenangi penghargaan dalam Peraduan Penulisan Novel 1958 anjuran DBP.
Novel ini berlatar belakangkan sebuah kampung yang bernama Kambung Kambing. Kampung ini dinamai Kampung Kambing kerana penduduk kampung ini tinggal di kandang kambing yang desewakan oleh seorang lelaki india yang bernama Kurupaya.
Watak-watak yang dimainkan di dalam novel ini ialah, Siti Salina sebagai watak utama dan juga tajuk novel itu sendiri diikuti dengan watak-watak yang lain iaitu, Abdul Fakar kekasih Saliha, Hilmy dan ibunya Kadijah, Zarina, seorang janda serta anak tirinya iaitu, Nadihah, Mansur dan Sunarto, anak yang dipungut oleh arwah bapa Nadihah serta Haji Karman.
Salina bekerja sebagai seorang pelacur untuk menyara hidupnya dan suaminya, Abdul Fakar seorang yang malas bekerja. Abdul Fakar sering meminta duit daripada Salina untuk membeli arak dan berjoget. Abdul Fakar seorang yang suka mabuk, kaki perempuan dan suka memukul Salina. Walaubagaimanapun, Salina masih menyayangi Abdul Fakar kerana wajahnya seiras dengan wajah arwah Muhammad Yusuf iaitu bekas kekasih Salina yang mati dalam peperangan. Lebih menyedihkan lagi, adalah apabila Salina merupakan seorang anak orang kaya pada suatu ketika dahulu sehingga keluarganya terkorban akibat peperangan. Peristiwa ini menyebabkan kehidupan Salina berubah 360 darjah, daripada menjadi seorang anak orang kaya ke menjadi seorang pelacur untuk menanggung kos sara hidup.
Selain daripada Salina, kisah Nadihah juga sering ditekankan dalam novel ini. Nadihah berkerja sebagai seorang pelayan walaupun bukan kemahuannya kerana dipaksa oleh ibu tirinya, Zarina. Hal ini berlaku demikian, kerana Sunarto tidak dapat memberikan wang perbelanjaan yang cukup kepada Zarina. Sunarto sangat menyayangi Nadihah sehingga dia enggan keluar daripada rumah walaupun sering dihalau di hadapan pendududk kampung berkali-kali. Selain itu, Sunarto tidak mahu meninggalkan sisi Nadihah kerana dia sering di usik oleh Abdul Fakar. Apa yang lebih menyedihkan adalah, Abdul Fakir pernah membuat perkara sumbang terhadap Nadirah dan Salina tidak mengetahuinya, begitu juga dengan ibu tirinya, Zarina.
Kisah antara Hilmy dan Nadihah juga tidak dilupakan menariknya kepada pembaca. Pada mulanya, Hilmy jatuh cinta dengan Nadihah semasa mengikuti kursus latihan tentera dan akhirnya setelah Hilmy dan Nadihah sering berbalas surat, mereka akhirnya bercinta sesama mereka. Nadihah akan disuruh oleh Hilmy untuk membacakan surat kepada ibu Hilmy yang buta huruf. Persahabatan mereka tidak diketahui oleh sesiapa. Dalam masa yang sama, Abdul Fakar sering menjadi batu api antara Zarina dan Sunarto supaya Sunarto dihalau keluar daripada rumah kerana hanya Sunarto sahaja boleh menghalang niat jahat Abdul Fakar terhadap Nadihah. Akhirnya Sunarto dihalau keluar selepas Zarina termakan fitnah Abdul Fakar dan Mansor lari dan memasuki kem tentera sehinggah meninggalkan Nadihah seorang sahaja. Mansor sering dihalau oleh Zarina kerana tidak mampu menacari sebarang pekerjaan setelah puas mencari.
Pada satu hari, Abdul Fakar menculik Nadihah atas arahan Cik Salam, seorang lelaki yang gilakan Nadihah. Beliau berbuat demikian, kerana beliau telah banyak kali ditolak permintaanya untuk duduk di pangkuan dan melayannya oleh Nadihah. Pada suatu hari, Nadihah berada dalam keadaan mabuk dan telah di nodai. Peristiwa ini menyebabkan Nadihah meninggalkan Singapura dan berkahwin dengan seorang buruh tidak lama kemudian. Perkara tersebut menyebabkan Hilmy sedih.
Salina melarikan diri ke Kelantan selepas dihalau daripada rumahnya sendiri oleh Abdul Fakar. Klimak novel ini adalah apabila, Abdul Fakar gilakan seorang perempuan joget, ibu Hilmy meninggal dunia dan Hilmy tidak menyambung pelajaran kerana ketiadaan wang. Tidak berapa lama kemudian, Hilmy pergi ke Kuala Lumpur untuk menjejaki Salina tetapi diberitahu oleh Mansur yang Salina sudah pulang ke Singapura.
Cerita ini diakhiri dengan sebuah penyesalan yang dirasai oleh Abdul Fakar selepas dia gagal mencari Salina dan di tipu oleh perempuan joget. Dia juga menyedari bahawa selama ini Salina sangat sayangkan dia. Hilmy pula meneruskan pencarian Salina dengan kembali ke Singapura.
Tuntasnya, novel ini berceritkan kedaifan rakyat selepas pemerintahan Jepun dan juga cerita bagaimana seseorang yang mengalami perubahan hidup dengan begitu drastik akibat perang. Semoga kita semua dijauhkan daripada sebarang peperangan yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat.