Wednesday, March 30, 2022

A.Samad Said

 

Ahmad Samad Muhammad Said merupakan sasterawan negara Malaysia ke-4 dan merupakan pemenang Anugerah Penulisan S.E.A 1979 dan masih bergiat aktif dari 1955 hingga kini.

Beliau merupakan anak kelahiran Melaka dan dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka pada tanggal 9 April 1935 dan kini berumur 86 tahun dan akan memasuki umur ke 87 tidak lama lagi.

Beliau menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Victoria Institution, Singapura (1956). Pekerjaan yang diceburi oleh beliau ialah penulis, penyair, pengarang dan aktivif keamanan. Hasil tulisan beliau berteraskan genre cereka sastera, sajak dan catatan perjalanan. 

Pada mulanya, beliau hanya bekerja sebagai kerani di Hospital Umum Singapura selama enam bulan dan bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam di Kuala Lumpur. Selepas itu, beliau kembali ke Singapura dan bekerja dengan akhbar mingguan, Utusan Zaman di bawah pimpinan Usman Awang. Beliau menjadi penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times ketika A. Samad Ismail ditahan ISA dan menjadi Pengarang Berita Harian sehingga 8 Mac 1978. A. Samad Said menjadi Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau pada tahun 1981, seterusnya menjadi Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times.

Novel pertama berjudul Gerhana ditukur judul kepada Salina dan memenangi Peraduan Penulisan Novel 1958 anjuran DBP, ketika beliau baru berusia 23 tahun. Novel ini juga merupakan titik permulaan beliau sehingga beliau menjadi seorang sasterawan terkenal di Malaysia sekarang.

Selepas novel Salina, beliau sehingga kini telah berjaya mencipta 9 novel, 9 novel remaja dan kanak-kanak, 10 cerpen, 20 puisi, 5 drama, 5 esei dan kritikan, 1 autobiografi, dan 4 karya umum menjadikannya 63 karya penulisan.

Akhir sekali, beliau telah memenangi beberapa anugerah atas pencapaian beliau. Antaranya ialah menjadi Sasterawan Negara ke-4 pada tahun 1985, Anugerah Asean (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darulsalam dan gelaran 'Datuk' oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka. Tidak dilupakan juga beliau merupakan pemenang Anugerah Penulisan S.E.A sebanyak  pada tahun 1979.


Sumber rujukan: https://ms.wikipedia.org/wiki/A._Samad_Said#Karya_diterbitkan

Diterbitkan oleh: JZZZ 31/3/2022 11:43 AM

 

  


 


 

No comments:

Post a Comment

Apa yang telah saya pelajari.

  PERKARA YANG DIPELAJARI SEPANJANG 14 MINGGU PELAJARAN       Akhirnya ini merupakan blog terakhir saya sebagai pelajar penglahiran bakat kr...