CATATAN UNTUK SUAMI-ZURINAH HASSAN
Catatan Untuk Suami adalah sebuah puisi yang ditulis oleh Zurinah Hassan, dan diterbitkan dalam Dewan Sastera, Januari 1979. Secara kasarnya, puisi ini ditulis oleh Zurinah Hassan kepada suaminya untuk meluahkan perasaan beliau terhadap suaminya.
Pada baris rangkap pertama, beliau menyatakan bahawa beliau bersyukur terhadap suaminya kerana rela berkahwin dengan beliau. Beliau sedar, untuk mengahwinin seseorang memerlukan keberanian yang besar kerana ada yang berani untuk membawa orang untuk berkahwin tetapi tidak direstui. Perkahwinan bukan sahaja merupakan hari yang besar dalam hidup kita, tetapi alam perkahwinan juga sangat besar tanggungjawabnya. Sebagai seorang suami, mereka harus bekerja keras untuk memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak.
Baris kedua, penulis menyatakan betapa sucinya suaminya, kerana penulis menganggap suaminya seorang yang hebat dan dan seorang yang lebih baik daripada diri penulis. Kebaikan yang berada di dalam diri suami seorang penulis pada masa sama membuatkan penulis berasa malu dengan dirinya sendiri. Kerana, penulis nampak keburukan dirinya dengan lebih jelas apabila melihat suaminya. Bukan bermakna, suami penulis merupakan seorang yang mempunyai banyak keburukan, tetapi penulis merasakan bahawa personaliti dirinya adalah bertentangan dengan suaminya. Penulis berasa rendah diri apabila melihat suaminya.
Baris ketiga penulis menyatakan rasa syukur dalam dirinya kerana ditemukan dirinya kepada suami penulis. Penulis juga memohon maaf pada suaminya jika kesibukan dalam kerjanya menyebabkan penulis dan suaminya terpaksa berjauhan.
Kesimpulannya, penulis meluahkan rasa kasih sayang yang amat terhadap suaminya. Penulis juga merupakan seorang yang sibuk dengan kerjayanya. Perkara ini boleh dijelaskan dalam rangkap terakhir puisi Catatan Untuk Suami. Namun begitu, di dalam kesibukan, penulis tidak pernah sesekali tidak merindukan suaminya. Penulis juga meluahkan perasaan betapa bersyukurnya penulis dapat bersama dengan suaminya. Hal ini boleh menunjukkan bahawa penulis adalah seorang yang penyayang. Oleh itu, perkara yang boleh dipelajari daripada puisi penulis adalah, di sebalik dalam kesibukan hidupan harian kita, kita haruslah tidak melupakan seseorang yang kita sayangi dan sentiasa meletakkan mereka di dalam hati kita.
No comments:
Post a Comment