Friday, May 20, 2022

Zurinah Hassan

 ZURINAH HASSAN


         Datuk Dr. Zurinah Hassan adalah salah seorang penyair dan tokoh Sasterawan Negara dari Malaysia. Beliau lahir pada tanggal 13 Jun 1949 di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah. 

    Beliau telah menghasilkan 19 buku antalogi sajak, antologi puisi, kajian sastera, autobiografi, memoir, antologi cerpen dan novel. Pada mulanya, Zurinah Hassan hanya mengarang puisi secara sambilan, sebelum meletakkan jawatan supaya, beliau dapat memenuhi keinginan berkarya sepenuh masa.

    Sejak berumur 12 tahun lagi,  Zurinah Hassan telah mula berkarya dan menghayati keindahan alam dalam bentuk tulisan. Pada tahun 1990 an, Zurinah Hassan cuba mengetengahkan persoalan tentang gejala melepak dalam kalangan remaja, dalam bentuk tulisannya termasuk puisi.

    Pada hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Keputeraan Sultan Kedah ke-86 pada 2014, Zurinah Hassan dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK). Anugerah ini telah memberikan Zurinah Hassan gelaran Datuk.  

    Tanggal 13 Oktober 2015, beliau diumukan sebagai tokoh Sasterawan Negara yang ke-13. 

     Pendidikan awal yang diterima oleh Zurinah Hassan adalah di Sekolah Rendah Melayu Tikam Batu dan Sekolah Inggeris Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Selepas itu, beliau menyambung peringkat menengah di Sekolah Menengah Convent Sungai Petani dan Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

    Di peringkat pengajian tinggi, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1974. Selepas itu, beliau melanjutan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 2001. Kemudian, beliau mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah Akademi Pengajian Melayu pada tahun 2008, di Universiti Malaya.

    Antara karya-karya yang pernah dihasilkan oleh beliau adalah Kuala Lumpur, Pantai Remis, Bas Stand Kelang dan Sungai Tiang. Anugerah yang pernah diterima oleh beliau adalah Anugerah Tokoh Sasterawan Negara pada tahun 2015 dan Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A Award) pada tahun 2004.


No comments:

Post a Comment

Apa yang telah saya pelajari.

  PERKARA YANG DIPELAJARI SEPANJANG 14 MINGGU PELAJARAN       Akhirnya ini merupakan blog terakhir saya sebagai pelajar penglahiran bakat kr...