Friday, May 6, 2022

KAMALUDDIN MUHAMMAD @ KERIS MAS

 

KAMALUDDIN MUHAMMAD @ KERIS MAS


        Siapa saja yang tidak mengenali tokoh yang terkenal ini? Memang tidak asing lagi, nama ini sentiasa tersemat di dalam hati rakyat Malaysia, lagi-lagi kepada yang suka membaca. Baiklah, pada hari ini, kita akan mempelajari tentang kehidupan beliau sepanjang hayatnya.

Nama yang diberi adalah Kamaluddin Muhammad. Atau lebih dikenali sebagai Keris Mas. Beliau dilahirkan di Kampung Ketari, Betong, Pahang pada 10 Jun 1922. Beliau merupakan seorang wartawan, editor, pentadbir sastera dan pengkritik.

    Beliau menerima pendidikan di Sekolah Melayu Bentong; Sekolah Tawalib di Sumatera iaitu merupakan sebuah sekolah menengah pengantar bahasa Indonesia dan bahasa Arab. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Kolej Kulliahthul Mualimin Al-IslamiahSumatera (Maktab Perguruan Islam). Beliau juga belajar bahasa Belanda dan Pitman College, Singapura (1940) untuk mengambil peperiksaan matrikulasi Universiti London. Namun semasa perang dunia kedua berlaku, pembelajaran beliau terhalang.

    Sebenarnya, beliau diharapkan untuk menjadi seorang guru agama oleh kedua ibu bapa beliau, oleh itu, perjalanan beliau dalam menerima pendidikan adalah berlandaskan jalan ke arah alam perguruan.

    Rosewita Ali merupakan pasangan beliau dan mereka telah berkahwin

    Beliau pernah melibatkan diri dalam bidang politik. Semasa beliau masih berada di dalam bidang ini, beliau menjadi Exco Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) . Beliau mewakili negeri Pahang ketika menghadiri kongres PKMM di Singapura.

Beliau pernah bekerja sebagai kerani di gedung percetakan Dai Nippon Insatsu di Singapura. Pada tahun 1948 pula, beliau berkhidmat di akhbar Melayu Raya dan Warta Negara sebelum berpindah ke Utusan Melayu di Singapura.

    Ungku Aziz, seorang pengarah DBP cawangan Johor Bharu, menjemut beliau untuk bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Ketua Bahagian Pengarang (1 Julai 1966- 30 Jun 1971) dan sebagai Ketua Bahagian Pembinaan  dan Pengembangan Sastera ( 1 Julai 1971- 10 Jun 1977) sebelum besara pada tahun 1977.

    Dalam bidang persatuan, Keris Mas merupakan ahli aktif Angkatan Sastera 50.

Sebagai seorang penulis, beliau telah berjaya menghasilkan 60 buah cerpen. Cerpen pertama beliau adalah Wasiat Orang Bangsawan dan disiarkan di majalah Suluh Malaya. Kesemua cerpen beliau akhirnya digabungkan menjadi antologi cerpen. Salah satu cerpen antologi beliau berjudul Patah Tumbuh pernah menjadi subjek Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM. Antara cerpen-cerpen yang terkenal ditulis oleh beliau adalah, Mekar dan Segar, Dua Zaman dan Pertentangan.

    Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah novel dan salah satu novel beliau berjudul Novel Rimba Harapan telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris oleh Adibah Amin yang menjadi Jungle of Hope dan dijadikan sebagai teks kajian sastera, Bahasa Inggeris SPM.

    Sebelum ASAS 50 ditubuhkan lagi, beliau sudah banyak menghasilkan karya kreatif lama. Novel pertama beliau, Pahlawan Rimba Malaya lebih pendek berbanding manuskripnya kerana mempunyai masalah kekurangan kertas. Novel ini ditulis selepas pendudukan Jepun.  Pahlawan Rimba Malaya merupakan salah satu novel yang sederhana, selain daripada Korban Kesuciannya dan Anak Titiwangsa. Korban Kesucian ditulis semasa beliau bekerja di Utusan Melayu, manakala Anak Titiwangsa pula ditulis semasa di DBP. 

    Sebuah cerpen, bertajuk Darah dan Air  ditulis semasa beliau masih menjadi Pegawai Penerangan PKMM. Banyak cerpen bermutu berkisar tentang masyarakat Melayu tempatan dan berunsur didaktik (bertujuan untuk mengajar) dihasilkan antara 1950-1960an, semasa beliau masih lagi begitu aktif.

    Persoalan karya beliau pada masa itu, adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri semasa di Tanah Melayu, Singapura sejak tahun 1940an hinggalah selepas merdeka, 1957. Antara persoalannya adalah, seperti soal cinta, kepincangan masyarakat, perjuangan kebangsaan, kisah darurat dan sosial-politik selepas merdeka.

    Sepanjang hidup beliau, beliau telah menerima beberapa anugerah. Antaranya, beliau dipilih sebagai penulis Tamu DBP sebanyak dua kali. Keris Mas juga menjadi Karyawan Seni di Universiti Malaya dan Anugerah Pejuang Sastera dan membawa pulang RM 10,000 watikah daripada Perdana Malaysia Malaysia ketika itu, Tun Hussein Onn. Keris Mas juga dilantik sebagai Setiausaha Panel Hadiah Karya Sastera (1971-1976) dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara 1979 oleh Perdana Menteri. Kejayaan terbesar beliau adalah menjadi penerima Sastera Negara yang pertama pada tahun 1981. Pada tahun 1987, beliau menerima Anugerah ASEAN dalam bidang kesusasteraan.

    Keris Mas juga menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia pada 5 Ogos 1989, dan sebuah Kolej Kediaman UKM dinamakan Kolej Keris Mas.

    Pada 9 Mac 1992, satu negara digemparkan bahawa Keris Mas atau Kamaludin Muhamad telah meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur kerana sakit jantung. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

    


    



No comments:

Post a Comment

Apa yang telah saya pelajari.

  PERKARA YANG DIPELAJARI SEPANJANG 14 MINGGU PELAJARAN       Akhirnya ini merupakan blog terakhir saya sebagai pelajar penglahiran bakat kr...