Monday, May 30, 2022

Abdullah Hussain

 ABDULLAH HUSSAIN


      Datuk Abdullah Hussain ialah seorang penulis. Beliau dilahirkan pada 25 Mac 1920, Yan Kedah dan meninggal pada 31 Disember 2014, semasa beliau berumur 94 tahun di Petaling Jaya, Selangor. Beliau terkenal memiliki banyak pengalaman dab menguasai beberapa bahasa asing. 

    Pendidikan awal yang diterima oleh beliau, adalah Sekolah Menengah Yan pada tahun 1926-1931, dan menyambung peringkat menengah di Sekolah Menengah  St.Michael, Alor Star, Kedah (1932-1933). Beliau belajar di Anglo Chinese School, Alor Star, Kedah, hingga lulus darjah VII (Tingkatan 2). Pada tahun 1943, semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Syonan Koa Kunrenzo (Sekolah Latihan Pegawai-Pegawai Tinggi) di Singapura selama tiga bulan.

    Dalam bidang kerjaya Abdullah Hussain, pelbagai kerja yang dilakukan demi meneruskan hidup. Kebanyakn kerjaya yang beliau lakukan akan berkaitan dengan penulisan dan percetakan. Beliau pernah menjadi Penolong Penjaga Stor lombong bijih di Pahang (1939). Bahagian Penerbitan, syarikat suratkhabar Sahabat, Pulau Pinang (1939) Pembantu pengarang surat khabar Saudara (1940), kerani dan tukang dobi di Kem Tentera Sungai Petani, Kedah sehingga kedatangan tentera Jepun. Beliau pernah juga bekerja sebagai wartawan surat khabar Merdeka, Berita Indonesia dan Majalah Merdeka, Singapura (1951), Pengarang Majalah Bintang, Majalah Filem dan akhbar Semenanjung.

    Bukan itu sahaja, beliau juga pernah bekerja sebagai pembantu pengarang di Franklin Book Programme dan Oxford University Press (1965-1968), editor majalah Angkatan Baru (1965-1968), Pegawai Penyelidik Dewan Bahasa dan Pustaka DBP, (1968-1978), Ketua Unit Bahasa dan Sastera DBP cawangan Sabah (1978-1979), Ahli Cipta Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (1979-1981), Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera DBP Brunei (1982) dan Pegawai Bahasa Kanan DBP Brunei. Akhir sekali, beliau menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Abdullah Hussain telah menghasilkan beberapa karya dalam hidupnya. Karya pertama beliau diterbitkan pada tahun 1939, sebelum pendudukan Jepun. Cerita yang dihasilkan adalah jenis cerita lucu. Selain itu, beliau juga menghasilkan buku yang mempunyai pelbagai genre lain seperti cerpen, novel dan esei sastera. Lebih 25 buah novel, tiga buah buku kumpulan cerpen, sembilan buah terjemahan, sebuah autobiografi dan enam buah biografi telah dihasilkan. Beliau mempunyai beberapa nama pena seperti Zamroed, Roslani Shikin, A.A, Adiwijaya, A.H Andijaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda dan Suryakanta.

    Antara karya yang beliau pernah hasilkan adalah Novel Dia...Kekasihku dan Drama Di  Atas Pentas. Di sebalik kejayaan beliau, beliau pernah terlibat dalam isu dan kontoversi. Contohnya, pada tahun 1971, Nobel Interlok dijadikan novel Komsas untuk pelajar Tingkatan 5, Sekolah  Menengah Semenanjung di Malaysia. Uthaya Sankar, wakil MIC dan lain-lain mempertikaikan kesesuaian novel itu, kerana mengadungi unsur-unsur tidak tepat, mengelirukan dan menghina kaum India Malaysia yang berhijrah dari Tamil Nadu.  Kesimpulannya, novel tersebut dibatalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu, Tan Sri Muhyddin Yassin.

    Abdullah Hussain, pernah memenangi S.E.A Write Award pada tahun 1981 dan Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996. Beliau menerima gelaran Dato pada tahun 1996 serta memenangi Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) pada tahun yang sama yang membawa gelaran Datuk.

    Beliau meninggal dunia pada 31 Disember 2014 akibats sakit tua di kediamaanya di Petaling Jaya. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

No comments:

Post a Comment

Apa yang telah saya pelajari.

  PERKARA YANG DIPELAJARI SEPANJANG 14 MINGGU PELAJARAN       Akhirnya ini merupakan blog terakhir saya sebagai pelajar penglahiran bakat kr...