BAHARUDDIN ZAINAL (BAHA ZAIN)
Dato Baharuddin Zainal atau dikenali sebagai Baha Zain adalah seorang Sasterawan Negara ke-12 dan pemenang SEA Write Award pada tahun 1980.
Beliau dilahirkan pada tanggal 22 Mei 1939 di Batu 15, Hutan Melintang, Perak Malaysia dan kini berusia 82 tahun. Pekerjaan beliau adalah seorang penulis.
Dato' Baha Zain menerima pendidikan awal, di Sabak Bernam seterusnya ke Anglo-Chinese School, Teluk Anson, Perak. Kemudian, beliau menerima pendidikan tingkatan enam di Sekolah Anderson, Ipoh dan melanjutkan pelajaran di Univerisiti Malaya (1960-1963) dan Fakultas Sastera, Universitas Indonesia (1970-1972). Dato' Baha Zain memang meminati bidang penulisan sejak memasuki sekolah menengah.
Di alam pekerjaan, pada peringkat awal, belia bekerja sebagai Penolong Pegawai Penyelidik pada Julai 1963 di Dewan Bahasa dan Pustaka; Timbalan Ketua Pengarah (sehingga 1985); Ketua Editor Dewan Sastera dan Dewan Budaya dan Dewan Bahasa. Akhir sekali, beliau sejak 2005 hingga kini menjadi kolumnis bulanan Bahasa Sastera dan sidang pengarang jurnal Tenggara. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah DBP pada tahun 1982.
Pada tahun 1984, beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah DBP kerana terlibat dalam dunia perniagaan. Beliau menerbitkan majalah mingguan Era pada tahun 1985. Majalah mingguan Era diterbtikan menyamai konsep majalah Time tetapi tidak bertahan lama. Baha Zain pernah menjadi Pengerusi Eksekutif Dasar Padu (M) Sdn. Bhd dan syarikat penerbitan Pustaka Cipta (1985). Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Amanah, Yayasan Penataraan Ilmu, Lembaga Amanah Majlis Balai Seni Lukis Negara, anggota Majlis Perkembangan Buku Kebangsaan; Timbalan Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1985-1991); Presiden Ikatan Penerbit Buku Bumiputera Nasional (1989-1994).
Sebagai seorang penulis, beliau telah menerima beberapa anugerah besar dalam kerjaya beliau. Antaranya, ialah SEA Write Award, 1980 dan menjadi Sasterawan Negara ke-12 pada tahun 2013. Beliau juga pernah menerima Ijazah kehormat doktor persuratan daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 2010.
Antara hasil penulisan yang pernah dihasilkan oleh beliau adalah, Perempuan dan Bayang-Bayang (1974), dan Berguru Pada Binatang (2000).
No comments:
Post a Comment