Friday, May 13, 2022

Ke Makam Bonda

 KUPASAN KE MAKAM BONDA


       Sajak Ke Makam Bonda ini adalah sajak yang ditulis oleh salah satu Sasterawan Negara yang terkenal di negara kita dan dunia iaitu, Usman Awang.

    Sajak ini menceritakan bahawa anak-anak mengunjungi kubur bonda mereka di waktu pagi. Seperti yang diungkapkan dalam rangkap pertama baris pertama dan baris kedua "Kami mengunjungi pusara bonda'', ''Sunyi pagi disinari suria''. Penulis juga menerangkan bahawa mereka mengunjungi makam bonda mereka dengan memastikan mereka wangi dan seharusnya berpakaian sopan. 

    Di rangkap kedua, penulis menerangkan keadaan sekeliling yang berlaku di makam bonda mereka. Mereka semua berdiri tegak di sebelah makam bonda ibu mereka. Keadaan waktu itu adalah sunyi sepi, lalang-lalang tinggi berdiri kerana tiada angin pada masa itu. Penulis juga menggambarkan situasi kubur tersebut mempunyai dua nisan yang ditanam, satu hujung dan satu hujung lain. 

    Rangkap ketiga, penulis menyatakan kenangan ketika melihat bonda mereka meninggal dunia dengan aman. Keadaan mayat bonda penulis pada masa itu adalah, kelihatan seolah-olah sedang tidur dengan lena dalam rahap dan dua tangan kaku berdakap.

    Seterusnya, di rangkap empat. Penulis teringat bahawa bonda penulis pernah mengucupi pipinya dan masih boleh dirasainya walaupun hanya tinggal kenangan. Rangkap kelima, menerangkan situasi di mana, batu nisan bonda mereka ditegakan, seterusnya mereka pohonkan doa serta menyiramkan air mawar.

    Rangkap keenam, menerangkan penulis meninggalkan makam bonda mereka setelah mereka selesai berurusan dengan tugas mereka. Penulis juga menganggap bahawa bondanya sedang berada dalam keadaan damai dalam pengabadian dan tidak lupa juga bahawa bonda mereka hanyalah seorang insan yang mengadap Tuhan.

    Akhir sekali, rangkap terakhir iaitu rangkap ketujuh, penulis menerangkan bahawa tiada satu bakti anak-anak bonda mereka yang mampu membayar kesemua jasa bonda mereka dan kasih sayang bonda tiada sempadan.


Bagi pendapat saya, Usman Awang menulis sajak ini berdasarkan pengalaman beliau dalam menziarahi makam bondanya. Hal ini demikian kerana, Usman kehilangan ibunya semasa beliau masih kecil lagi, maka beliau menulis sajak ini untuk melepaskan rindunya kepada bondanya yang sudah lama meninggalkan dunia.

No comments:

Post a Comment

Apa yang telah saya pelajari.

  PERKARA YANG DIPELAJARI SEPANJANG 14 MINGGU PELAJARAN       Akhirnya ini merupakan blog terakhir saya sebagai pelajar penglahiran bakat kr...