PERKARA YANG DIPELAJARI SEPANJANG 14 MINGGU PELAJARAN
Akhirnya ini merupakan blog terakhir saya sebagai pelajar penglahiran bakat kreatif, BBK3410. Banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang 14 minggu saya mempelajari subjek ini. Antaranya ialah, saya mendapati bahawa pensyarah saya iaitu, Dr Siti Kamariah merupakan seorang pengarang karya kreatif di samping menjadi seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Beliau merupakan seorang yang semangat dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Beliau juga merupakan seorang yang prihatin, kerana sering memberikan peluang kepada pelajarnya untuk mendapat markah lebih, seperti jika pelajar tersebut menjawab soalannya atau memberikan respon, maka pelajar tersebut akan mendapat markah.
Pada tujuh minggu yang pertama, kami diberikan kerja kursus yang bernama Tugasan 1. Tugasan ini dikehendaki kami menyenaraikan Sasterawan Negara dan pemenang S.E.A Write Award serta karyanya. Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui kesemua 12 Sasterawan Negara dan semua pemenang S.E.A Write Award. Tugasan ini diberikan masa selama 4 minggu untuk disiapkan.
Selepas itu, Tugasan 2 pun menyusul. Masa yang diberikan adalah 10 minggu dan bermula sejak minggu pertama lagi. Ketika menyiapkan Tugasan 1, masa berbaki lagi 7 minggu untuk aku siapakan Tugasan 2. Kami dikehendaki membuat 2 Cerpen dan 5 Sajak. Sungguh mencabar tugasan yang diberikan ketika itu. Pada mulanya, saya berasa seperti tiada sinar untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, namun begitu, hari demi hari, saya mendapat ilham dan inspirasi untuk memulakan tugasan ini. Jadi aku pun mula berkarya setelah mendapat ilham dan inspirasi yang datang dari pelbagai sumber, seperti pembacaan, pengalaman dan pemerhatian. Selepas 3 minggu, aku berjaya siapkan karya aku. Aku mengambil masa selama 4 minggu untuk melihat jika ada ralat dan sering melakukan penambah baikan.
Akhir sekali tugasan terakhir yang belum aku siapkan lagi adalah, membuat 14 entri blog bermula daripada minggu pertama. Syukur, aku berjaya menyiapkan 13 entri dalam tempoh 10 minggu. Konsisten adalah kunci kejayaan bagi menyiapkan blog ini.
Selain daripada tugasan-tugasan yang diberikan banyak juga perkara yang telah saya pelajari sepanjang semester ini. Kami diajar oleh pensyarah kami tentang apakah itu, novel, cerpen, sajak dan drama. Kami juga diajar ciri-ciri karya ini dan bagaiman karya ini dihasilkan. Banyak ilmu yang diturunkan kepada kami. Jika selama in, kami ingat bahawa sesebuah karya senang dihasilkan, kini kami sedar bukan mudah untuk menghasilkan sesebuah karya kreatif. Hal ini demikian kerana, untuk mereka sesuatu karya, kita harus tahu tema, persoalan, plot dan pengajaran yang ingin diberikan kepada pembaca.
Pensyarah saya sering berkata, bahawa beliau kurang gemar membaca dan menonton novel dan drama popular kerana beranggapan karya ini merapu dan membodohkan orang. Beliau gemar membaca dan menonton karya yang dihasilkan daripada Sasterawan Negara kita, lagi-lagi Zurinah Hassan, iaitu seorang Sasterawan Negara yang diminati oleh pensyarah saya. Beliau berpendapat karya yang dikarang oleh Sasterawan Negara adalah jenis ilmiah dan memberikan faedah kepada pembaca. Kerana beliau percaya pengajaran yang ingin diberikan kepada pembaca amatlah penting.
Pada minggu lepas, saya berpeluang menerima ilmu daripada Dr.Halis seorang pensyarah dan juga pengarang karya kreatif. Beliau berkongsikan pengalaman beliau dalam menghasilkan karya Drama Hadiah Tempat Kedua. Pengalaman beliau yang dikongsikan oleh beliau amatlah berharga untuk diketahui. Kerana karya tersebut hanya pendek sahaja, namun beliau mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan karya tersebut. Karya tersebut juga pernah memenangi anugerah. Perkara ini membuatkan kita sedar, bahawa bukan mudah juga untuk seorang pengarang karya kreatif yang berpengalaman untuk menghasilkan sebuah karya.
Saya juga telah membaca sebuah novel bertajuk Novel Syurga Kasih di Kaki Pelangi. Novel ini dikongsikan oleh pensyarah saya. Novel ini amatlah menarik dan menyentuh jiwa kerana seorang budak perempuan bernama Erin Aflina sering menghadapi banyak ujian dan dugaan dalam hidupnya, namun dia kekal tabah dalam mengharunginya. Dia amatlah bernasib baik kerana ketika dikhianati dan dipinggir oleh semua orang termasuk keluarga tiri dan rakan baiknya, seorang budak lelaki yang bernama Hadafi sentiasa berada di sisinya, walaupun Hadafi bukanlah seorang budak yang baik sangat. Saya berasa bertuah kerana berpeluang untuk membaca karya hebat ini.
Di samping itu, saya telah menghabiskan dua cerpen hasil karya pensyarah saya sendiri iaitu Puan Dr Kamariah Kamaruddin. Dua cerpen ini bertajuk "Ummi Tunggu Saya di Christchurch !" dan ''Di Bursa Itu, Rindu Pun Menderu''. Kedua-dua karya ini telah memenangi anugerah Hadiah Penghargaan Untuk Kategori Cerpen Eceran Hadiah Sastera Darul Iman (HASDI V) 2021. Jalan cerita cerpen tersebut sangatlah menarik, begitu juga dengan penggunaan bahasanya yang indah. Kedua-dua cerpen ini memberikan pengajaran yang sangat mendalam. Pengajaran yang boleh dipelajari daripada kedua-dua cerpen ini adalah kita haruslah sentiasa berbaik dengan orang kerana suatu hari nanti apabila kita menyesal atas perbuatan kita dan ingin memohon ampun daripada orang yang kita sakiti, perkara sudah menjadi bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur. Kerana daripada cerpen "Ummi Tunggu Saya di Christchurch !", ummi telah meninggal dunia dan anakanda tidak sempat untuk berjumpa dengan umminya untuk berpelukan, oppah dan abah juga menyesal kerana pernah menyakiti ummi. Cerpen ''Di Bursa Itu, Rindu Pun Menderu'' pula aunty Rabiatul Adawiyah masih hidup dan sering disakiti oleh keluarganya, kawan baik dan bekas kekasih. Namun begitu dia enggan pulang semula ke tanah air kerana sudah cukup bahagia di bumi Turki. Ayah, ibu dan opah hanya berharap kepada watak utama yang melanjutkan pelajaran di Turki untuk mencari aunty ini dan menyampaikan salam mereka pada dia.
Sampai di sini sajalah, saya akan menulis blog saya. Terima kasih atas semua ilmu dan memori indah yang saya terima ketika menulis blog ini. Saya sedar ada ketikanya, saya berasa malas untuk membuat blog, namun kini semuanya telah berakhir. Maka dengan ini, saya ingin mengucapkan selamat tinggal dan semoga kita bertemu lagi.